SHARE

Kejadian kes langgar lari dipercayai melibatkan sebuah kereta naza dan sebuah motosikal di jalan Subang. Video kejadian ini telah disiarkan di laman facebook oleh Hanafi Aslina dan telah mendapat perhatian ramai oleh pengguna laman sosial itu.

Video tersebut mengundang pelbagai komen , kritikan dan spekulasi yang dilontarkan oleh pengguna facebook.

Berdasarkan video yang disiarkan, kedudukan penunggang motor dipercayai terlalu memakan jalan kereta tersebut menyebabkan kereta yang dipandu itu melalui jalan yang agak sempit sehingga berlakunya pergeseran.

Pengguna jalan raya diingatkan agar memandu secara berhemah dan bertolak ansur bagi mengelakkan kejadian seperti ini. Diharapkan pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan lebih jelas.

Comments