Home Tempatan Kes bunuh Dr Fadi: Palestin yakin polis Malaysia

Kes bunuh Dr Fadi: Palestin yakin polis Malaysia

SHARE

Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian menembak mati pensyarah rakyat Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang dikaitkan dengan elemen asing.

Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar H Al Agha berkata polis Malaysia sangat profesional dan beliau menyerahkan perkara itu kepada mereka untuk menyiasat kes itu.

“Pihak berkuasa Malaysia sangat profesional. Kami mempunyai keyakinan yang penuh terhadap mereka dan kami bersedia memberikan komitmen kami sepenuhnya. Kami telah bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dan pegawai-pegawai lain. Mereka begitu prihatin mengenai siasatan itu,” katanya kepada selepas menjadi tetamu program pagi Bernama Radio di Kuala Lumpur semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments