Home Tempatan Kes bakar pusat tahfiz, 50 saksi akan dipanggil

Kes bakar pusat tahfiz, 50 saksi akan dipanggil

SHARE
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 17 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. ― Foto oleh Choo Choy May MMO

KUALA LUMPUR, 11 April — Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang ditetapkan pada 30 Mei di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan pendakwa raya Nurakmal Farhan Aziz memaklumkan demikian semasa sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah hari ini dan turut memberitahu dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Joanne Chua Tsu Fae manakala peguam Boestaman Ahmad dan Roswadya Roslan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak pusat tahfiz dan keluarga mangsa.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments