Home Tempatan Kerjasama Pusat, Sarawak pertingkat syiar Islam

Kerjasama Pusat, Sarawak pertingkat syiar Islam

SHARE

 

PETRA JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri penting dalam mewujudkan landasan kukuh ke arah usaha meninggikan syiar Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, gabungan kerjasama yang jitu mewujudkan kesinambungan pelaksanaan seperti digambarkan dalam proses pembinaan Masjid Al-Abyad di Taman Matang Jaya, di sini.

“Selagi Kerajaan Pusat mampu memberikan dana, memperbesarkan rumah ibadat seperti masjid, selagi itulah kita mampu melaksanakan tanggungjawab meningkatkan syiar Islam di negara ini,” katanya ketika merasmikan Masjid Al-Abyad di sini, sejurus selesai solat Jumaat, sebentar tadi.

Hadir sama Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusuf; Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir (tengah) sempena majlis perasmian Masjid Al Abyad Matang Jaya, Kuching.

 

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir (tengah) sempena majlis perasmian Masjid Al Abyad Matang Jaya, Kuching.

Turut dikenali sebagai Masjid Putih, Masjid Al-Abyad adalah masjid kedua terbesar di Sarawak selepas Masjid Jamek Negeri dan disiapkan tahun lalu membabitkan kos RM11.6 juta.

Ia boleh menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ahmad Zahid berkata, pendekatan yang perlu diambil sebagai `daie’ dalam melaksanakan proses dakwah harus dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan dan bersederhana agar Islam menjadi agama dihormati.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir sempena majlis perasmian Masjid Al Abyad Matang Jaya, Kuching.-Foto Muhd Zaaba Zakeria

“Ia perlu dilakukan dengan mematuhi tatatertib dan tatacara bersesuaian dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, selain berteraskan semangat toleransi, perpaduan dan keharmonian,” katanya.

Berita Harian

Comments