Home Tempatan Kerjasama perkukuhkan ekonomi umat Islam perlu terus dipertingkatkan

Kerjasama perkukuhkan ekonomi umat Islam perlu terus dipertingkatkan

SHARE

ARAU 21 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar usaha memperkukuhkan ekonomi umat Islam melalui kerjasama Malaysia-Thailand dipertingkatkan khususnya melibatkan negeri ini dan Wilayah Andaman.

Titah baginda, antara langkah kerjasama yang perlu dipertingkatkan adalah dengan mengambil peluang melalui perniagaan di atas talian iaitu kaedah masa kini yang boleh menjangkau sehingga ke peringkat global.

“Selain daripada itu, pelbagai peluang lain seperti program, inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan oleh agensi-agensi pembangunan usahawan di kedua-dua buah negara haruslah diterokai sebaik mungkin bagi memberikan pulangan yang maksimum,” titah baginda.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments