Home Tempatan Kerjasama antara ahli politik dan ilmuwan

Kerjasama antara ahli politik dan ilmuwan

SHARE

AHLI politik dan ilmuwan ha­ruslah bersama-sama ber­ganding bahu menya­tukan pemikiran dan tenaga untuk menangani segala isu dan masalah yang timbul di dalam masyarakat, secara khususnya orang Islam.

Hal ini penulis tekankan kerana konflik yang diuruskan oleh ahli politik biasanya lebih memen­tingkan politik partisan dengan anggapan sesuatu pemikiran yang dimiliki oleh parti sendiri sahaja betul. Sedangkan kefahaman parti politik lain, semuanya tidak benar.

Maka di sinilah timbulnya rasa taksub dan fanatik partisan yang melampaui batasan pemikiran dan hakikat ilmu tertentu. Kerana taksub partisan, jarang sekali mencuba untuk menyelesaikan masalah dan konflik melalui angka dan fakta yang berdasarkan penyelidikan ilmiah yang rapi.

Bagaimanapun, jika diteliti pe­ngertian ayat al-Quran, ternyata bahawa umat Islam tidak se­harusnya menjadikan perbeza­an kefahaman tentang agama ter­utamanya, sebagai titik tolak untuk berkonflik dan bermusuhan dengan umat bukan Islam. Namun dalam masa sama, umat Islam haruslah mempertahankan akidah dan elemen-elemen yang boleh merosakkan dengan tegas ketika terdapat pertentangan dan halangan dari pihak lain.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

 

Comments