Home Tempatan Kerajaan rangka empat model kurikulum institusi tahfiz

Kerajaan rangka empat model kurikulum institusi tahfiz

SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara sedang merangka empat model kurikulum yang boleh digunakan institusi tahfiz untuk menjamin masa depan dan hala tuju pelajarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki  berkata, Kerajaan menyedari sistem pendidikan tahfiz perlu ditambah baik bagi menjamin kualiti lepasan pelajarnya.

“Empat model tersebut adalah Tahfiz Turath, Tahfiz Sains, Tahfiz Dini dan Tahfiz Kemahiran. Tahfiz Turath ialah pengajian tahfiz al-Quran bersama kitab turath.

“Manakala Tahfiz Sains merupakan pengajian tahfiz al-Quran bersama pelajaran Sains,Tahfiz Dini pengajian tahfiz al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam dan Tahfiz Kemahiran pengajian tahfiz al-Quran bersama modul kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN ) yang menanyakan adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem pembelajaran khas untuk sekolah tahfiz.

Menurut Nawawi, terlalu banyak sekolah tahfiz swasta diwujudkan, justeru kementerian tidak dapat mengawal cara pembelajaran dan memantau keadaan sekolah-sekolah tahfiz.

Kerajaan juga dipersalahkan apabila berlaku perkara tidak diingini.

Asyraf Wajdi sekali lagi menegaskan semua institusi pendidikan agama termasuk sekolah tahfiz perlu berdaftar dan tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama atau undang-undang dan peraturan yang dikuat kuasakan di negeri berkenaan.

“Ia adalah selaras dengan ketetapan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan bahawa hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments