Home Tempatan Kerajaan Perlu Membantu Pusat Tahfiz Supaya Lebih Selamat – ASWAJA

Kerajaan Perlu Membantu Pusat Tahfiz Supaya Lebih Selamat – ASWAJA

SHARE

Kuala Lumpur: Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) merakamkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Sehubungan insiden ini, ASWAJA menggesa kerajaan supaya memberi perhatian dan membantu pusat tahfiz di negara ini agar mereka dapat menikmati infrastrukur yang selesa dan selamat untuk anak-anak menuntut ilmu.

Menurut Presiden ASWAJA Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari, “Walaupun ajal maut itu ketentuan Allah, namun, sudah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan yang serius memastikan aspek keselamatan pusat tahfiz diberi tumpuan sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini berulang di masa akan datang.”

Selain itu, Dr Zamihan mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang gambar mangsa kebakaran demi menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat .

“Sesungguhnya anak-anak syurga ini mati dalam keadaan syahid, yakni ketika berjihad menuntut ilmu. Oleh itu, ASWAJA juga berharap agar orang ramai tidak menyebarkan gambar tragedi malang itu kerana bimbang ia boleh melukakan hati keluarga mangsa.”

“Marilah sama-sama kita berdoa pada Allah agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik sukar ini,” ujarnya lagi.

Comments