Home Tempatan Kerajaan mahu laksana Islam syumul bukan retorik: Zahid Hamidi

Kerajaan mahu laksana Islam syumul bukan retorik: Zahid Hamidi

SHARE

NILAI, 24 Jamadilawal 1438H, Selasa – Kerajaan mahu melaksanakan Islam yang syumul bukan hanya retorik sahaja, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, katanya, kerajaan meneruskan komitmen untuk memperkukuhkan agama Islam di malaysia menjelang 2050 dengan melaksanakan pelbagai usaha, termasuk maqasid syariah, wasattiyah dan perbankan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan golongan belia, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), malam tadi.

“Komitmen kerajaan untuk melaksanakan Islam yang syumul bukan retorik,” katanya.

Langkah ini, katanya, dibuktikan melalui pembiayaan 42,681 Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), 72 sekolah menengah agama dan 332 sekolah agama negeri, oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu pembangunan dan penterjemahan untuk mensyumulkan Islam,” katanya.

Sesi dialog itu dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, turut membincangkan isu pendidikan, ekonomi, institusi agama, perpaduan kaum dan ekstremis agama.

 

Comments