Home Antarabangsa Kerajaan digesa segera lindungi etnik Rohingya

Kerajaan digesa segera lindungi etnik Rohingya

SHARE

GENEVA – SWITZERLAND. Pelapor khas keadaan hak asasi manusia di Myanmar, Yanghee Lee menyeru tindakan segera diambil kerajaan di sana untuk menamatkan penderitaan etnik Rohingya di negara itu.

Yanghee Lee melakukan lawatan ke Dhaka selama empat hari dan sempat bertemu dengan penduduk Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh ketika Fasiliti Polis Sempadan Myanmar diserang pada 9 Oktober tahun lalu.

“Keganasan yang keluarga di sini saksikan dan merasainya jauh lebih teruk daripada apa yang saya dispekulasi.

“Justeru,saya menggesa kerajaan Myanmar menghentikan serta merta diskriminasi kepada komuniti tersebut dan bertindak sekarang untuk mengelakkan pelanggaran hak asasi yang lebih serius,” katanya.

Sementara itu, beliau juga sempat melaporkan beberapa serangan ngeri yang berlaku di situ melibatkan penduduk Rohingya termasuklah kanak-kanak yang nyata menyalahi hak asasi manusia.

Beliau juga akan membentangkan laporan penuhnya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 13 Mac 2017 dan ia juga akan disiarkan atas talian.

Sinar Online

Comments