Home Antarabangsa Kerahsiaan dijaga dalam proses kaunseling jemaah haji

Kerahsiaan dijaga dalam proses kaunseling jemaah haji

SHARE
Pengurus Kaunseling 1438 Hijrah, Fauziah Ahmad

MEKAH 21 Ogos – Kerahsian adalah keutamaan dalam mana-mana kes yang dirujuk ke Unit Kaunseling Tabung Haji di sini dan jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang untuk hadir dalam sesi runding cara.

Pengurus Kaunseling 1438 Hijrah, Fauziah Ahmad berkata, kadang kala ada jemaah haji merasa malu dan sangsi untuk mendapatkan sesi kaunseling tetapi pihaknya memberi jaminan, apa yang dibincang itu akan menjadi rahsia.

“Bagi kes melibatkan suami isteri atau rakan sebilik yang memerlukan rundingcara tertutup, kita ada sediakan borang persetujuan untuk dirunding.

“Kedua pihak, yang dirunding dan kaunselor perlu menandatangani borang berkenaan dan itu bagi menjaga kerahsiaan,” katanya kepada wartawan Malaysia di bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Katanya, semua kaunselor adalah tertakluk kepada Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), di mana wajib mematuhi kod etika dalam mengamalkan profesion ini. – UTUSAN ONLINE

UTUSAN ONLINE

 

Comments