Home Tempatan Keputusan solat di sekolah wajar disokong

Keputusan solat di sekolah wajar disokong

SHARE
Jalani Ludin

MARAN – Usaha yang dibuat Pejabat Pendidikan Kuantan untuk mewajibkan sekolah menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah wajar disokong sepenuhnya oleh mereka yang beragama Islam.

Bekas Pegawai Pendidikan Daerah Maran yang juga Pengerusi MyCare Temerloh, Jalani Ludin berkata, sembahyang berjemaah Zohor di kalangan pelajar telah dipraktikkan sejak beliau menjadi pengetua sekolah, 12 tahun lalu.

Menurutnya, membiasakan murid dengan solat berjemaah bukan sahaja untuk membantu pembinaan karekter dan jati diri mereka, tetapi juga merupakan komponen penting pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam.

“Seperti dimaklumi, matapelajaran Pendidikan Islam di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments