Home Tempatan Kenyataan Rafizi Ramli Fitnah & Berniat Jahat

Kenyataan Rafizi Ramli Fitnah & Berniat Jahat

SHARE

Putrajaya: Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Nasharudin Mat Isa hari ini menolak dakwaan bahawa beliau pernah menerima sejumlah wang 1MDB sambil menyifatkan tuduhan yang terkandung dalam akuan berkanun Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli semalam sebagai tidak berasas.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pertuduhan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya. Malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Semalam, Rafizi menerusi akuan berkanunnya berkata seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada memberitahu beliau yang sebahagian daripada dana berkait 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut mengalir “kepada peguam tertentu”, sebelum ia sampai kepada Nasharudin.

Datuk Nasharudin hari ini “menafikan dengan sekeras-kerasnya” tuduhan tersebut dan sudah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang “dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang”.

Comments