Home Tempatan Kenyataan Media Raja-Raja Melayu Diseleweng – Pengarah MAPAN

Kenyataan Media Raja-Raja Melayu Diseleweng – Pengarah MAPAN

SHARE

Kuala Lumpur: Terdapat individu dan kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan dan menyeleweng Kenyataan Media Raja-Raja Melayu yang mahu imej Islam dipertahankan semua rakyat daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan.

Perkara ini didedahkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) di laman facebook milik beliau baru-baru ini.

“Dapat kita lihat betapa dalam sekelip mata sahaja Kenyataan Media Raja-Raja Melayu yang hanya menyebut mengenai betapa “imej Islam sebagai agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan (oleh individu-individu tertentu) yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat” telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.”

Beliau mengkritik kumpulan pesara kerajaan, Kumpulan G25 yang menggesa supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri mengkaji semula Akta-Akta dan Enakmen-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang kononnya memberi kuasa luas kepada penguasa-penguasa agama (“to review the Syariah Offences Acts and Enactments which give religious authorities broad power”).

“Begitu juga dengan serangan-serangan lain yang dilontarkan terhadap umat Islam sedangkan Kenyataan Media Raja-Raja Melayu yang menyebut “amatlah penting untuk rakyat terus mengamalkan nilai-nilai bermasyarakat dan bernegara berpandukan prinsip-prinsip yang termaktub di dalam Perlembagaan serta didukung oleh semangat yang terkandung di dalam Rukun Negara” ditujukan kepada seluruh rakyat, bukan sekadar umat Islam.”

Comments