Home Tempatan Kenyataan Gulingkan Kerajaan Dengan Bantuan Tentera Amerika, Presiden PCM Buat Laporan Polis

Kenyataan Gulingkan Kerajaan Dengan Bantuan Tentera Amerika, Presiden PCM Buat Laporan Polis

SHARE

Kuala Lumpur: Jika matlamat Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat adalah untuk menggulingkan kerajaan Malaysia, mereka boleh lakukannya dengan kuasa tentera dan tidak perlu melalui prosedur perundangan.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laporan berita yang diterbitkan oleh portal atas talian The Malaysian Insight.

Merujuk kepada saman yang difailkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat ke atas 1MDB, Lim Guan Eng berpendapat bahawa sekiranya Amerika Syarikat ingin menumbangkan kerajaan Malaysia, maka tidak ada keperluan untuk menggunakan saluran perundangan, kuasa tentera Amerika Syarikat lebih daripada memadai.

Risau dengan kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng, Datuk Huan Cheng Guan, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat laporan polis pada 29hb Jun lalu di Balai Polis Sentul.

Menurut Datuk Huan, kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini adalah sesuatu yang cukup serius dan membimbangkan dan ia menyatakan dengan jelas hasrat DAP untuk menggulingkan kerajaan dengan bantuan ketenteraan dari luar negara.

“Saya buat laporan ini kerana kenyataan yang dimuat naik oleh themalaysianinsight.com adalah cukup serius dan bahaya mengikut apa yang dinyatakan dalam laman sesawang tersebut. Mereka DAP ada niat untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang di pilih secara sah melalui pencerobohan tentera oleh kuasa Barat (USA)”

Tambahan pada itu Datuk Huan turut menggesa rakyat Malaysia untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan polis berkenaan isu ini.

Comments