Home Tempatan Kenapa Beri Anwar Ibrahim Layanan Istimewa? — Siti Kasim

Kenapa Beri Anwar Ibrahim Layanan Istimewa? — Siti Kasim

SHARE

Petaling Jaya: Peguam Siti Kasim mempertikaikan “layanan istimewa” yang dinikmati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mendapatkan Pengampunan DiRaja yang menurut Siti Kasim, hanya kerana beliau mahu menjadi ahli politik.

Siti Kasim berkata, “Saya bersependapat dengan mantan hakim yang mempersoalkan mengapa Anwar Ibrahim perlu diberi layanan istimewa dalam mendapat Pengampunan DiRaja.”

“Hanya kerana dia mahu menjadi seorang ahli politik? Bagaimana dengan mereka yang sedang menunggu hukuman mati? Penjara seumur hidup? Sebagai seorang peguam, saya amat merasakan bahawa semua ini adalah salah.”


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Aktivis peguam yang lantang bersuara itu berpendapat bahawa Ketua Umum PKR itu sepatutnya menjalani prosedur yang betul dan mengikut undang-undang.

“Saya percaya beliau perlu menjalani prosedur yang betul. Saya bukanlah menentang pengampunan beliau sekiranya itu benar-benar berpatutan tetapi ia haruslah menerusi prosedur yang sepatutnya dan mengikut undang-undang.”

“PRU 14 ini bukanlah mengenai Anwar Ibrahim. Ia mula kelihatan seperti itu,” katanya lagi.

Comments