Home Tempatan Kempen #punishamuslimday, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

Kempen #punishamuslimday, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

SHARE
Kempen tersebut dikatakan akan memberikan 'poin' kepada mereka yang bertindak kejam seperti mencurah asid penganut agama Islam. - MARIO TAMA / GETTY IMAGES /AFP

KUALA LUMPUR: Wisma Putra menasihatkan semua warganegara Malaysia yang berada di Amerika Syarikat dan United Kingdom agar berhati-hati dengan ancaman kempen Punish A Muslim Day yang menggalakkan kekerasan ke atas umat Islam yang didakwa akan diadakan hari ini.

“Kementerian Luar Negeri difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat ancaman ini dan bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya umat Islam diancam.

“Dalam hubungan ini, Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan warganegara Malaysia di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk lebih berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments