Home Tempatan Kempen LGBT Shell: Jangan henti boikot

Kempen LGBT Shell: Jangan henti boikot

SHARE

BANGI, 22 Muharram 1439H, Khamis – Syarikat minyak gergasi, Shell tidak sepatutnya memberi peluang dengan cara mengadakan kempen menyokong orientasi seksual berbeza golongan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT).

Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustazah Nur Fatin Halil berkata, Shell perlu memberi bantuan sokongan dari sudut memahami konsep fitrah yang sebenar daripada meraikan kecenderungan golongan LGBT itu.

“Tindakan Shell yang menyokong LGBT adalah satu tindakan yang salah. Cara untuk sokong orientasi seksual yang berbeza ini sepatutnya dengan cara menyedarkan kesilapan mereka yang cenderung kepada fitrah berlawanan daripada asal,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Semalam, Ismaweb.net melaporkan mengenai kempen mingguan Shell meraikan dan mempromosi kumpulan LGBT sehingga menerima kecaman daripada kebanyakan netizen di media sosial.

Malah, menerusi laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi sebahagian daripada kakitangannya.

Syarikat berkenaan turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network’ sebagai ruang sokongan untuk golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka untuk bekerja.

Menurut Shell, rangkaian LGBT itu pertama telah ditubuhkan di Shell Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Belanda, Kanada, India dan terbaru pada 2015 di Afrika Selatan.

Mengulas lanjut Ustazah Fatin berkata, rakyat Malaysia khususnya pengguna Shell perlu tegas menunjukkan bantahan terhadap kempen syarikat itu dengan memboikot produknya.

“Dengan cara itu, Shell mungkin akan peka dengan suara majoriti rakyat Malaysia yang menentang kempen itu dan juga golongan LGBT.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments