Home Tempatan Kementerian Pendidikan cari kaedah terbaharu perkasa penguasaan Bahasa Melayu

Kementerian Pendidikan cari kaedah terbaharu perkasa penguasaan Bahasa Melayu

SHARE

KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan akan mencari kaedah terbaharu dalam memperkasa penguasaan Bahasa Melayu, khususnya di sekolah aliran vernakular sebagai medium perpaduan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kaedah tersebut lebih kepada memperkukuhkan program dan silibus tertentu ke arah mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional.

“Kita mempunyai IPGM, Institut Pendidikan Guru yang khusus dengan bahasa dan Bahasa Malaysia dan juga guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan ini sama ada SRJKC (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina) atau SRJKT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil).

“Kita juga ada program yang melibatkan dia (guru) dipanggil kursus semula, re-training. Setelah beberapa tahun dia mengajar kita panggil balik untuk dia buat kursus pendek dalam Bahasa Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Pusat Daerah Mengundi Kuala Tekai di Kuala Nerang, Kedah, siang tadi.

Beliau mengulas kenyataan perdana menteri mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan semua pelajar sekolah aliran Cina dan Tamil mampu menguasai bahasa melayu dengan baik sebagai medium perpaduan.

Comments