Home Tempatan Kementerian kaji program pendidikan tingkat perpaduan

Kementerian kaji program pendidikan tingkat perpaduan

SHARE

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ini kerana pihaknya mengakui aspek perpaduan nasional yang ada dalam sistem pendidikan kini belum cukup mantap untuk menerap semangat perpaduan tinggi dalam kalangan golongan itu.

“Sistem pendidikan kita sudah sedia ada tapi kena buat kajian secara menyeluruh mengenai program pengisian untuk perpaduan yang kita laksanakan kini perlu dipertingkatkan dan diperbanyakkan.

“Kita kena mengambil tanggungjawab untuk mengesan di mana yang Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebut supaya perpaduan dipertingkatkan,” katanya pada sidang media, di sini tadi.

Terdahulu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, menyerahkan Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) Wanita UMNO, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, bahawa sistem pendidikan negara ketika ini harus dilihat semula kerana tidak menggalakkan pembentukan perpaduan nasional.

Ahmad Zahid, dalam kenyataan terbarunya hari ini, bagaimanapun berkata beliau bukanlah menyarankan penghapusan sekolah pelbagai aliran.

Berita Harian

Comments