Home Pendapat Kemasukan idea-idea baru yang bertentangan dengan kesepakatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah

Kemasukan idea-idea baru yang bertentangan dengan kesepakatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah

SHARE

Kemasukan idea-idea baru yang bertentangan dengan kesepakatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berbahaya kepada jati diri masyarakat Melayu.

Golongan modenis dan neo-modenis yang dipelopori oleh Muhammad Abduh, Fazlur Rahman, Harun Nasution, Nurcholish Madjid, Taha Jabir al-Ulwani, Tariq Ramadan, berusaha mentafsirkan semula Islam agar bersesuaian dengan nilai-nilai moden. Mereka mula mempertikaikan autoriti hadith dan ijma’, hukum Shari’ah yang dianggap tidak adil seperti pembahagian harta waris, kepimpinan lelaki, hukum murtad dsb. 

Terbaru mereka menggunakan wacana Maqasid untuk merombak Usul al-Fiqh yang dianggap telah tamat tempoh, mandul kerana terlalu rigid. Ilmu Maqasid yang baru mereka bina ini dicanangkan bagi menggantikan Usul al-Fiqh yang telah pun disepakati zaman berzaman. Mereka bahkan menuduh kejumudan berlaku kerana Imam-imam kita tidak terbuka kepada falsafah Greek sebagaimana yang dicadangkan oleh Ibn Rushd.

Jasser Audah mengatakan dalam bukunya: “Despite al-Ghazali’s popularity the general ban on philosophy contributed to stagnation in the theory and reasoning methodology of the Islamic law across the board”. Beliau juga mengatakan bahawa Ijma’ bukan satu sumber hukum sebaliknya ia adalah satu bentuk penglibatan masyarakat dalam hal ehwal negara.

Masyarakat Melayu perlu lebih kritis dan berhati-hati terhadap pemikiran yang datang dari luar, baik dari Barat mahupun dari tanah Arab yang telah banyak tersekularkan. Pandangan umum bahawa dalam masalah agama kita perlu berguru dengan ilmuwan Arab tidak selamanya betul, dalam beberapa perkara mereka perlu belajar daripada ilmuwan Melayu.

Professor Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Felo utama di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Penyelaras akademik di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) Pendapat yang diberikan adalah milik peribadi organisasi atau individu dan tidak melambangkan pendirian menara.my

Read more at: http://www.menara.my/kebebasan-dari-perspektif-islam-dan-barat/

Comments