Home Tempatan Kelantan rancang wujud skim pendidikan bantu pelajar asing negara minoriti Islam

Kelantan rancang wujud skim pendidikan bantu pelajar asing negara minoriti Islam

SHARE

KOTA BHARU, 23 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kelantan merancang mewujudkan skim wakaf pendidikan bagi membantu pelajar asing dari negara minoriti umat Islam mendapat pendidikan tinggi agama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, melalui skim itu lebih ramai lagi pelajar Islam dari negara lain mempunyai peluang melanjutkan pelajaran ke Kelantan.

Katanya, sehingga sekarang ada pelajar dari Kemboja dibantu bantuan bagi membolehkan mereka melanjut pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

“Pelajar terbabit diberi bantuan untuk melanjutkan pelajaran di Kelantan,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, sehingga sekarang, Kias mengeluarkan lebih 3,200 graduan yang menimba ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu di kolej terbabit.

“Pada peringkat awal Maahad Ad Dakwah bermula dengan 360 pelajar. Sekarang pelajar yang sedang menuntut di Kias seramai 2,000 orang,” katanya.

Comments