Home Pendapat Kekejaman Zionis di Israel

Kekejaman Zionis di Israel

SHARE

14 Mei 1948, sebuah negara baru disytiharkan, Israel. Pada zaman moden ini Israel merupakan negara kedua yang dibina atas dasar keagamaan. Israel telah dibina sebagai sebuah negara untuk menempatkan penganut-penganut agama Yahudi dari serata dunia. Maka banyak yang dilaburkan untuk membawa kembali Yahudi-yahudi ke Israel dari seluruh pelusuk dunia. Mereka dibawa masuk melalui segala jenis pengangkutan yang wujud, kapal terbang, kapal laut dan jalan darat. Namun bermula saat penubuhannya, Israel telah terjerumus ke dalam perang bersama jiran-jirannya. Peperangan demi peperangan telah berlaku demi “mempertahankan” tanah Zionis.

Dalam usaha mempertahankan tanah Zionis, mereka meluaskan jajahan takluk mereka ke negara-negara jiran, Tebing Barat milik Jordan telah ditawan bersama Semenanjung Gaza pada tahun 1967 dan seterusnya Bukit Golan daripada Syria. Tidak cukup dengan apa yang ada, tanah jajahan Israel diperluaskan dengan apa jua sebab, tanpa tentangan dari mana-mana negara. Amerika Syarikat akan meneruskan operasi Veto terhadap apa jua cadangan terhadap Israel. Bermula dengan penempatan-penempatan Yahudi yang dibina di daerah Palestin pada ketika itu terus berkembang tanpa sekatan. Pada waktu itu mereka belum menunjukkan perwatakan sebenar Zionis. Zionis hidup bebas bersama orang Islam sehingga mereka mendapat negara mereka sendiri.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa kemasukkan besar-besaran kaum Yahudi ke bumi Palestin telah bermula dari 1882 lagi. Perpindahan ini diberi nama “Aliyah”, berlaku lama sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniyah. Ini menunjukkan perancangan rapi mereka untuk mewujudkan sebuah negara baru telah dilaksanakan sebelum kejatuhan Khilafah pada tahun 1924. Berkemungkinan kaedah yang sama juga sedang digunakan di negara-negara Islam lain pada hari ini.

Kemasukan Zionis secara sistematik ini telah mengubah landskap bumi Palestin buat selama-lamanya, yang dahulunya minoriti sekarang telah menjadi majoriti akibat kemasukan terancang Yahudi. Dahulunya jika umat Islam memberikan bumbung kepada Yahudi, hari ini bumbung itu dirobohkan tangan-tangan Yahudi itu sendiri. Kekejaman demi kekejaman dilakukan ke atas umat Palestin. Anak kecil dibunuh, ibu mengandung bersepai badannya, perempuan dirogol, lelaki dipaksa melihat anak mereka, adik-beradik mereka, isteri-isteri mereka dirogol dan dibunuh di depan mata mereka.

Pada satu masa dahulu inilah tempat mereka meminta pertolongan dan mencari rezeki, namun pada hari ini yang menolong itu ditindas.

Dulu mereka pendatang lalu menumpang, nescaya mereka diberi kerakyatan lantas mereka menuntut sebuah negara.

Comments