Home Tempatan Kekejaman Bashar tidak boleh dibiarkan berterusan

Kekejaman Bashar tidak boleh dibiarkan berterusan

SHARE

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk tindakan penggunaan kimia beracun terlarang tentera rejim Presiden Bashar al-Assad ke atas masyarkat awam di Syria, baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 4 April lalu di Khan Sheikhoun, Barat Laut Syria amat menyayat hati seluruh warga antarabangsa yang cintakan keamanan dan kedamaian sejagat.

“Ini adalah gambaran jelas simptom penggunaan agen saraf Sarin.Sehingga sekarang, berita  kredibel yang dikeluarkan itu memaparkan bilangan mangsa  terbunuh sudah mencecah antara 75 dan 80 orang yang majoritinya adalah golongan  warga tua dan kanak-kanak.

“Situasi di Syria sudah sampai ke peringkat yang memerlukan campur tangan berterusan  masyarakat antarabangsa, “katanya dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, tindakan yang tegas dan berkesan mesti diambil dengan serta-merta bagi menghentikan keganasan  Bashar dan mengembalikan  keadilan kepada rakyat Syria.

Menurutnya, gambar disiarkan media selepas serangan itu menunjukkan penderitaan mangsa yang tidak boleh bernafas dan mengeluarkan buih daripada mulut adalah penyiksaan amat dahsyat.

Dalam perkembangan baharu, Mohd Azmi berkata, dalam konteks ini serangan misille krus yang dilancarkan Amerika Syaraikat (AS) Ke atas Syria  pada Jumaat dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah, malah ia menjadi lebih parah.

Oleh itu katanya, masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia bukan sahaja perlu mengutuk regim Syria berkaitan kekejaman dan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang terbaru ini, sebaliknya menekan rakannya Russia dan Iran supaya menghentikan sokongan ke atas Bashar Assad.

Menurutnya, kejadian yang sama iaitu penggunaan senjata kimia Surin) pernah berlaku di Damaskus pada Ogos 2013 yang membunuh ratusan orang awam.

“Namun tidak ada tindakan konkrit diambil terhadap Bashar Assad dan sikap masyarakat antarabangsa yang pasif ini  mengukuhkan regim Bashar  menggunakan strategi sama sepertimana disaksikan melalui kejadian terkini,” tegasnya.

Sinar Online

Comments