Home Tempatan Kekang Rasisme Dengan Mansuhkan Sekolah Vernakular-Noor Farida (G25)

Kekang Rasisme Dengan Mansuhkan Sekolah Vernakular-Noor Farida (G25)

SHARE

Petaling Jaya: Noor Farida Ariffin, salah seorang jurucakap kumpulan G25, ketika bercakap mengenai masalah perkauman yang melanda negara, menyatakan dengan tegas bahawa langkah paling utama untuk mengekang masalah ini ialah memulakannya dengan memberi perhatian kepada sistem pendidikan.

Bercakap di satu majlis anjuran Pusat KOMAS dan merasmikan Laporan Diskriminasi Perkauman Malaysia 2016, Noor Farida menggesa beberapa langkah diambil segera untuk mengekang masalah perkauman.

Kata Noor Farida langkah pertama yang boleh dibuat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum ialah melalui pendidikan, dan malangnya pengasingan sekolah kebangsaan dengan sekolah vernakular sebenarnya lebih memburukkan keadaaan.

“Saya sokong sistem satu sekolah. Saya rasa kita tidak sepatutnya menggalakkan keberadaan sekolah-sekolah vernakular. Jika kita mahukan anak-anak ini membesar menjadi ‘anak Malaysia’, mereka patut digalakkan untuk belajar dan bermain bersama”

Kita harus mengambil inisiatif untuk mempertahankan keharmonian kaum dalam negara ini, katanya.

“Dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia, kita tidak harus membenarkan wujudnya keadaan dimana sesuatu pihak cuba menekankan nilai-nilai moral mereka ke atas yang lain.

“Sepatutnya kita lebih bertoleransi dan menghormati sesama kaum, Kita sememangnya perlu mengambil langkah-langkah yang dapat mempromosikan toleransi kaum di dalam negara.”

Comments