Home Tempatan Kejayaan Datang Kepada Golongan Yang Memartabatkan Islam Dalam Negara – Syaikh Dr...

Kejayaan Datang Kepada Golongan Yang Memartabatkan Islam Dalam Negara – Syaikh Dr Omar Bin Muhammad Kalash

SHARE

Kuala Ketil, Kedah: Kejayaan akan datang kepada golongan yang memartabatkan Islam dalam pentadbiran negara. Demikian penegasan yang dibuat oleh Syaikh Dr Omar Bin Muhammad Kalash ketika menyampaikan tazkirah di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di sini baru-baru ini.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Apabila mereka bersungguh-sungguh dalam menyebarkan agama Allah S.W.T. maka, Allah S.W.T. memberi kemenangan kepada mereka.”

Begitu juga dengan kejayaan yang ditempa oleh khalifah-khalifah dari kalangan para sahabat seperti, Abu Bakr as-Siddiq dan Umar al-Khattab adalah kerana keutamaan yang diberikan kepada Islam dalam pentadbiran negara.

“Kalau kita mengambil contoh pada zaman dahulu kita tengok pada khilafah, para sahabat, Abu Bakar, Umar al-Khattab dan bagaimana Islam tersebar luas pada zaman Umar al-Khattab adalah kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang mengutamakan agama Islam dan menjadikan agama Islam perkara yang paling penting di dalam kerajaannya.”

Sultan Muhammad al-Fateh juga melakukan sedemikian sehingga kerajaannya menjadi sebuah kerajaan yang besar.

“Kalau kita tengok kepada Muhammad al-Fateh dan bagaimana beliau menguatkan kerajaan dan daulah islam adalah dengan mengutamakan Islam, sampaikan kerajaan beliau menjadi kerajaan yang besar.”

Syaikh Dr Omar Muhammad turut menyatakan kejayaan kerajaan Uthmaniyah yang bertahan selama 500 tahun adalah hasil keberkatan dalam mempertahankan Islam.

“Kerajaan Uthmani telah bertahan selama 500 tahun kerana mendapat barakah hasil janji mereka untuk mempertahankan Islam.”

Comments