Home Tempatan Kehakiman Malaysia Dukung Kedaulatan Undang-undang – PM

Kehakiman Malaysia Dukung Kedaulatan Undang-undang – PM

SHARE

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Badan Kehakiman Malaysia sentiasa berpegang teguh kepada Kedaulatan Undang-Undang, yang berteraskan kepada konsep Pengasingan Kuasa.

Beliau berkata badan kehakiman negara juga bebas dan cekap selain mendukung undang-undang yang jelas dan stabil serta memberi perlindungan kepada rakyat.

Berucap merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pertama di Malaysia di Istana Kehakiman hari ini, Najib berkata sistem penyampaian keadilan perlu sentiasa berada pada tahap yang maksimum, cekap lagi berkesan.

Justeru itu, beliau menyarankan badan kehakiman dapat meletakkan sasaran untuk menyelesai dan melupuskan kes-kes yang didaftarkan di mahkamah dalam masa yang singkat.

“Antara langkahnya, dengan menjadikan sistem pengkomputeran mahkamah sebagai satu agenda transformasi utama bagi memberikan impak dan manfaat kepada semua pelanggan mahkamah,” kata beliau.

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Bangunan Annexe Istana Kehakiman di sini akan mengendalikan prosiding jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.

Bernama

Comments