Home Antarabangsa Keganasan di Britain tertinggi sejak 1970

Keganasan di Britain tertinggi sejak 1970

SHARE

LONDON – BRITAIN. Kerajaan Britain menghadapi ancaman keganasan pada tahap tidak pernah dilihat sebelum ini sejak 1970.

Pengulas bebas undang-undang keganasan, Max Hill berkata, kumpulan militan Daesh telah merancang serangan rambang ke atas orang awam tanpa mengira bangsa pada skala seperti yang dilakukan Tentera Republikan Ireland (IRA) kira-kira 40 tahun lalu.

“Daesh menyasarkan bandar Britain dan terdapat risiko berterusan yang sangat besar dan tidak boleh kita abaikan.

“Ia merupakan kebimbangan besar kerana ratusan rakyat Britain telah meninggalkan negara untuk pergi berjuang dan kini mereka telah kembali atau akan kembali,” jelasnya.

Hill turut memberi amaran bahawa remaja Britain seawal usia 14 tahun menjadi lebih radikal oleh video dan ucapan kebencian yang disediakan militan secara dalam talian. – Press TV

Sinar Online

Comments