Home Antarabangsa Keganasan anti-Islam di Sri Lanka merebak ke empat bandar

Keganasan anti-Islam di Sri Lanka merebak ke empat bandar

Sami Buddha ada hubungan dengan Myanmar provokasi ketegangan

SHARE

COLOMBO, 21 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Keganasan terhadap umat Islam mula merebak ke kawasan lain, termasuk di bandar tanah tinggi di Ambatenna di tengah Sri Lanka, hari ini.

Ratusan ekstremis Buddha etnik Sinhalee bersenjatakan kayu, batu dan bom petrol menjerit-jerit sambil menuju Ambatenna, tanpa mempedulikan darurat yang diisytiharkan kerajaan Presiden Maithiripala Sirisena.

Puluhan anggota polis dan askar hanya mampu melihat kumpulan itu merosakkan dan membakar rumah serta premis perniagaan milik umat Islam di kawasan Welekada.

Ekstremis dianggarkan sehingga 500 orang dilaporkan memasuki Welekada tanpa mempedulikan perintah darurat, serta memusnahkan sekurang-kurangnya 15 rumah penduduk muslim dan masjid. Empat bangunan dan kenderaan juga dilaporkan dibakar.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments