Home Tempatan Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur

Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur

SHARE

Putrajaya: Benarkah Kedutaan Bandar Vatican akan dibuka di Malaysia? Menurut isi kandungan satu surat yang diterbitkan oleh Pejabat Akhbar Holy See yang bertarikh 27 Julai 2011, Bandar Vatican berhasrat untuk membuka sebuah kedutaan di Malaysia. Dilaporkan juga bahawa sebidang tanah di kawasan Ampang, Selangor telah dimiliki oleh Holy See sejak 1 Oktober 2014.

Hal ini telah didedahkan oleh laman sesawang Kristian, Herald Malaysia yang bertajuk “Apostolic Nunciature Has A New Building In Kuala Lumpur”.

Namun begitu, seawal tahun 2013 lagi, Duta Bandar Vatican, Joseph Salvador Marino telah dilantik sebagai Duta Vatican ke Malaysia. Malaysia pula diwakili oleh Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Dalam usaha kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf kewujudan agama-agama bukan Islam, kerajaan juga dengan bermurah hati telah menghadiahkan sebidang tanah di Presint 20, Putrajaya untuk tujuan pembinaan rumah-rumah ibadah bukan Islam.

Pelantikan Joseph Salvador Marino menimbulkan persoalan berkenaan hala tuju pengiktirafan Bandar Vatican oleh kerajaan Malaysia apatah lagi apabila Duta Bandar Vatican tersebut menyokong keras penggunaan kalimah suci Allah di kalangan penganut Kristian sehinggakan banyak pertubuhan bukan kerajaan dalam negara mahu beliau dihalau keluar.

Setelah mengadakan hubungan diplomatik semenjak tahun daripada 2011, pengiktirafan baru ini bakal membuka jalan untuk lebih banyak kerjasama dua hala antara kepimpinan Kristian dunia dan Malaysia. Rakyat Malaysia rata-rata berharap ianya dibuat dalam kerangka berperlembagaan dan tidak merugikan agama dan umat Islam di Malaysia.

Comments