Home Tempatan Kedutaan Amerika Berdiri Teguh Bersama Aktivis LGBT Malaysia

Kedutaan Amerika Berdiri Teguh Bersama Aktivis LGBT Malaysia

SHARE

Kuala Lumpur – Belum selesai isu penglibatan International Republican Institute (IRI) dalam campurtangan politik di Malaysia, baru-baru ini pihak kedutaan Amerika di Malaysia memuat naik sebuah hantaran di dalam akaun facebook pejabat tersebut.

Hantaran tersebut dimuatkan ketika timbul kontroversi isu penurunan gambar dua aktivis LGBT, Nisha Ayub dan Pang Khee Teik di dalam sebuah pameran yang berlangsung di Pulau Pinang.

Pihak Kedutaan Amerika memuatkan gambar Nisha Ayub dengan penegasan bahawa pihak mereka berbangga untuk terus berdiri bersama Nisha Ayub dan Pang Khee Teik di dalam usaha mereka untuk terus memperjuangkan toleransi dan penerimaan golongan tersebut.

Nisha Ayub yang juga merupakan penerima anugerah International Women of Courage pada 2016, menerima anugerah tersebut sebelum ini dari John Kerry, Setiausaha Negara Amerika di bawah pentadbiran Barrack Obama.

Pada 2015, semasa lawatan Barrack Obama ke Malaysia, beliau menggesa negara ini supaya menghormati hak perkahwinan sejenis dan golongan LGBT.

Campurtangan IRI di dalam lanskap politik Malaysia dengan mendapat pendanaan melalui bantuan National Endowment For Democracy (NED) Amerika, mendapat kecaman pelbagai pihak di dalam negara. Sebelum ini, Daniel Twining dari IRI pernah mendedahkan bagaimana pihak IRI membantu pihak pembangkang sebelum ini untuk membantu mereka mendapatkan kuasa seterusnya merobohkan pemerintahan satu parti selama 61 tahun di Malaysia.

Nisha Ayub dalam hantaran akaun facebooknya, mengucapkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak kedutaan Amerika yang secara berterusan membantu golongan minoriti seperti mereka.

 

Comments