Home Tempatan Kecemerlangan negara hadiah ulang tahun kemerdekaan

Kecemerlangan negara hadiah ulang tahun kemerdekaan

SHARE

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Kejayaan Malaysia merangkul 145 pingat emas dan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29 merupakan hadiah kepada negara yang menyambut Hari Kebangsaan kali Ke-60 pada 31 Ogos. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan kontinjen Malaysia itu membuatkan hari kebangsaan tahun ini sangat bermakna.

Beliau mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet negara kerana mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang Sukan SEA dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan negara.

“Sambutan kemerdekaan tahun ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana pertama Malaysia merupakan tuan rumah Sukan SEA dan kedua esok merupakan kali ke-60 tahun kemerdekaan.

“Tapi bukan dua kegembiraan itu sahaja, malahan tiga iaitu apabila Malaysia dijulang sebagai juara keseluruhan Sukan SEA,” katanya pada upacara penutupan Sukan SEA Ke-29 dan sambutan ambang merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini. Tambah Perdana Menteri, prestasi mendapatkan 145 pingat itu dianggap sebagai satu kejayaan yang membanggakan apabila menguasai 35.9 peratus daripada keseluruhan 404 pingat emas yang dipertandingkan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

 

Comments