Home Tempatan Kebanyakan Anjing Di Sarawak Dijangkiti Penyakit Anjing Gila

Kebanyakan Anjing Di Sarawak Dijangkiti Penyakit Anjing Gila

SHARE

Serian, Sarawak: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan setiap anjing di negeri ini wajib diberikan vaksin sebagai langkah berjaga-jaga berikutan sebanyak 50 hingga 60 peratus anjing yang berada di kawasan wabak anjing gila di Sarawak disyaki berpotensi membawa virus tersebut.

Menurut Astro Awani, Datuk Seri Dr S Subramaniam juga menasihati agar masyarakat memberikan sokongan penuh pemvaksinan haiwan peliharaan mereka kerana wabak itu amat berbahaya dan boleh membawa maut.

“Saya berharap masyarakat keseluruhannya memberi sokongan kepada usaha ini memandangkan wabak tersebut sangat berbahaya.”

“Risiko bagi seseorang itu dijangkiti virus rabies ini adalah tinggi kerana lebih 50 peratus mereka yang digigit anjing akan mengalaminya.”

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Professor Datuk Dr Sim Kui Hian menegaskan pemilik haiwan wajib membawa haiwan peliharaan mereka mendapatkan suntikan vaksin setahun sekali.

“Semua anjing mesti diberikan vaksin rabies setahun sekali. Apabila haiwan ini diberi vaksin pertama contohnya, sejak bulan Jun dan Julai tahun lepas, maka anjing berkenaan perlu diberikan semula vaksin rabies tahun ini.”

Mengikut laporan Jabatan Veterinar Sarawak, setakat ini, enam mangsa maut akibat wabak anjing gila.

Manakala, sejumlah 50,000 haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing telah diberikan vaksin anjing gila di negeri ini.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah segera dengan menghalang kemasukan haiwan hidup khususnya anjing dari Perak dan Sarawak ke negeri itu bagi mengelak penularan rabies atau penyakit anjing gila berkuatkuasa serta-merta.

Comments