Home Tempatan Kebakaran pusat tahfiz disifatkan paling dahsyat – Media antarabangsa

Kebakaran pusat tahfiz disifatkan paling dahsyat – Media antarabangsa

SHARE

KUALA LUMPUR: ‘The deadliest fire in decades in Malaysia’ – itulah gambaran portal Al Jazeera mengenai insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini.

Insiden menyayat hati yang meragut 23 nyawa itu turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph yang turut memetik laporan agensi berita AFP.

Agensi berita CNN pula melaporkan kejadian itu dengan tajuk ’21 children, 2 adults killed in fire at Malaysian school’ manakala BBC melaporkan dengan tajuk ‘Kuala Lumpur school fire kills students and teachers’.

Deccan Herald, akhbar bahasa Inggeris yang berpejabat di Karnataka, India, tidak ketinggalan melaporkan tragedi itu.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung pada pukul 5.15 pagi tadi.

Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya turut melahirkan kesedihan degan catatan “Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar.”

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments