Home Antarabangsa Kebakaran: Indonesia isytihar amaran bencana empat wilayah

Kebakaran: Indonesia isytihar amaran bencana empat wilayah

Pada 2015 kebakaran hutan besar di Indonesia memusnahkan dua juta hektar tanah sehingga mencetuskan krisis jerebu di Singapura, Malaysia

SHARE

JAKARTA, 8 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Indonesia mengisytiharkan amaran bencana ke atas empat wilayah di negara itu, susulan kebakaran hutan beberapa hari lalu.

Empat wilayah berkenaan adalah Sumatera Selatan, Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah,  kawasan yang mudah mengalami kebakaran hutan seperti tahun sebelum ini.

Difahamkan, kebakaran hutan di Indonesia sengaja dicetuskan petani untuk membersihkan tanah bagi tujuan pertanian.

Tindakan itu menyebabkan ratusan hektar tanah musnah sejak seminggu lalu, sehingga kerajaan terpaksa menggandakan usaha mema­damkan kebakaran.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments