Home Tempatan Keabsahan Kewarganegaraan 1.75 Juta Pendatang Bakal Dicabar-Bertindak

Keabsahan Kewarganegaraan 1.75 Juta Pendatang Bakal Dicabar-Bertindak

SHARE

Kuala Lumpur: Sebuah kumpulan yang terdiri daripada 22 pertubuhan bukan kerajaan Melayu Muslim hari ini bakal menggerakkan tindakan undang-undang untuk mencabar penganugerahan kewarganegaraan kepada 1.75 juta pendatang bermula daripada tahun 1957 sehingga ke tahun 1970.

Barisan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) melalui Ketua Sekretariatnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa bahawa penganugerahan tersebut adalah berlawanan dengan syarat-syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu disemak semula.

“Pihak sekretariat telah bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan undang-undang yang sedang pihak kami perincikan untuk tindakan.”

“Antaranya ialah untuk menyemak semula kewarganegaraan yang telah diberikan kepada sejumlah pendatang oleh kerajaan Malaya pada tahun 1957, sama ada ianya mengikut undang-undang kewarganegaraan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Bertindak antara lain menyenaraikan beberapa isu seperti campur tangan dalam hal ehwal Pindaan Akta 164, Pindaan Akta 355, mempersoalkan khutbah Jumaat dan usaha untuk menjadikan Rukunegara Mukadimah Perlembagaan yang membuatkan mereka bangun dan bersatu untuk melawan kumpulan-kumpulan yang dengan biadab suka mencampuri hal ehwal Islam dan Muslim di negara ini.

Comments