Home Tempatan KE ARAH HUFFAZ PROFESIONAL

KE ARAH HUFFAZ PROFESIONAL

SHARE
PADA era puncak tamadun Islam, para ilmuwan menjalani tradisi tahfiz bagi membolehkan sumber ilmu diambil untuk dikembangkan bagi membangunkan sistem. GAMBAR HIASAN/BERNAMA

PERKEMBANGAN membangunkan tradisi tahfiz di Malaysia berlaku de­ngan pesat. Di setiap ne­geri wujud institusi tahfiz yang dilaksanakan oleh lembaga agama dan pihak persendirian. Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kuala Kubu Baru adalah pusat tahfiz terbesar menawarkan program persijilan dan diploma kepada para pelajarnya.

IMTIAZ di Terengganu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Maahad Tahfiz di Jugra, Selangor mengambil pendekatan integratif dalam pe­ngajaran dan pembelajarannya di samping negeri lain yang me­nganjurkan corak sama.

Tradisi hafazan telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Ia berkembang apabila tradisi quttab dan suffah diasaskan dan disuburkan oleh para sahabat dan seterusnya institusi nizamiyyah dan madrasah yang digerakkan oleh para ulama dan lembaga-lem­baga Islam yang melihat ke­pentingan tahfiz dalam memba­ngun kekuatan rohaniah, sumber ilmu dan kewujudan sistem yang merintis jalan tamadun.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments