Home Tempatan KDN Kaji Semula Permit Nanyang Siang Pau – PAS

KDN Kaji Semula Permit Nanyang Siang Pau – PAS

SHARE

Putrajaya: PAS hari ini menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri supaya mengkaji semula permit penerbitan akhbar Nanyang Siang Pau dan mengambil tindakan sewajarnya kerana telah menghina umat Islam dan Undang-undang Islam dengan penyiaran karikatur ‘Aksi Monyet’ yang dikaitkan dengan Akta 355.
 
PAS Pusat dalam kenyataannya hari ini memandang serius langkah akhbar Nanyang Siang Pau yang dikatakan dengan sengaja dan dengan niat menyiarkan karikatur yang menghina bukan sahaja Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, malah semua umat Islam dan juga undang-undang Islam.

“Dalam hal ini PAS juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula permit penerbitan akhbar berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.”
 
Nanyang Siang Pau semalam menyiarkan karikatur yang menggambarkan monyet bersongkok dan berserban yang dikatakan cuba menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Satu demonstrasi aman di depan Pejabat Urusan Nanyang Siang Pau, Petaling Jaya bagi menyerahkan memorandum bantahan yang digerakkan oleh beberapa NGO Islam dan PAS telah berlangsung dengan aman walaupun rata-rata umat Islam berang dengan kebiadaban akhbar vernakular tersebut.

Comments