Home Tempatan Kayuhan solo kemanusiaan Rohingya bermula

Kayuhan solo kemanusiaan Rohingya bermula

SHARE

SEMENYIH 16 Feb. – Seorang warga emas hari ini memulakan misi kayuhan basikal secara solo merentasi sembilan buah negeri bertujuan membantu mengumpul dana kemanusiaan untuk etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Abu Samah Yusof, 69, atau dikenali sebagai Pak Chat berkata, perjalanan Program Kayuhan Solo Utara-Selatan Misi Kemanusiaan Selamatkan Rohingya sejauh 664 kilometer itu akan bermula di Perlis dan berakhir di Johor kira-kira dua minggu lagi.

Menurutnya, dia akan mengedarkan risalah mengenai Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji (TH) dan tabung Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia kepada orang ramai sepanjang kayuhan itu.

“Tujuan berbasikal ini bagi mengumpul dana untuk etnik Rohingya yang menghadapi kesusahan dan ditindas serta memerlukan pembelaan.

“Saya berharap orang ramai khususnya sesama umat Islam dapat membantu menyalurkan sumbangan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Sungai Purun di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Utusan Malaysia

Comments