Home Tempatan Kassim Ahmad Selamat Dikebumikan Mengikut Sunnah

Kassim Ahmad Selamat Dikebumikan Mengikut Sunnah

SHARE

Kulim, Kedah: Penulis kontroversi, Kassim Ahmad telah selamat dikebumikan mengikut sunnah setelah selesai bacaan Fatihah dan solat jenazah di Masjid al-Huda, Kulim.

Pemergian Kassim Ahmad turut diratapi oleh Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming dari DAP, di mana kedua-duanya turut menyedekahkan bacaan Fatihah kepada si mati.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, bekas ketua paderi Kuala Lumpur, Murphy Pakiam hadir lengkap dengan pakaian rasmi seorang paderi turut bersama jemaah sehingga selesai upacara pengebumian.

Murphy Pakiam turut mendoakan kesejahteraan Kassim Ahmad di alam barzakh.

“Saya meratapi pemergian beliau bersama ahli keluarganya, dan saya harap beliau aman di sana,” kata Murphy Pakiam.

Kassim Ahmad meninggal dunia pada 10 Oktober baru-baru ini setelah dihantar ke hospital akibat masalah pernafasan.

Comments