Home Antarabangsa Kapal tentera laut Myanmar hampiri Nautical Aliya

Kapal tentera laut Myanmar hampiri Nautical Aliya

SHARE
SUKARELAWAN dan pihak media berkumpul ketika melakukan latihan kecemasan di atas Kapal Nautical Aliya pada Misi Food Flotilla for Myanmar, kemalrin. - UTUSAN ONLINE/HAFIZ JOHARI

LAUT ANDAMAN 7 Feb. – Sebuah kapal tentera laut Myanmar menghampiri kapal Nautical Aliya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi untuk tujuan pemeriksaan ketika kapal yang membawa misi bantuan kemanusiaan itu berada di perairan negara berkenaan.

Menurut Kapten Nautical Aliya, Mohamad Firdaus Faisal Mohamed, selain itu, tentera Myanmar juga mendapatkan kedudukan kapal dan tujuan memasuki perairan Myanmar.

Mohamad Firdaus kemudian meminta semua sukarelawan memasuki bilik masing-masing dan tidak berada di dek bagi tujuan keselamatan.

Difahamkan kapal tentera laut Myanmar berkenaan menyangka kapal Nautical Aliya bersama-sama dengan sebuah kapal lain yang berada berhampiran enggan berkomunikasi dengan tentera laut Myanmar.

Ketua misi berkenaan yang juga Presiden Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau telah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments