Home Antarabangsa Kapal misi Food Flotilla for Myanmar dijangka tiba Khamis

Kapal misi Food Flotilla for Myanmar dijangka tiba Khamis

SHARE

LAUT ANDAMAN 6 Feb. – Misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotila for Myanmar dijangka tiba Khamis ini di pelabuhan Yangon, Myanmar disebabkan kapal Nautical Aliya terpaksa bergerak sekitar tujuh knots kerana faktor cuaca.

Ketua misi berkenaan yang juga Presiden Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Nautical Aliya telah memasuki Laut Andaman sekitar pukul 9.30 malam semalam dan kini terpaksa melawan angin dan arus bawah laut yang kuat.

“Cuaca tidak menentu walaupun tidak hujan angin pada masa ini sekitar 10 knots dan arus bawah laut juga kuat.

“Disebabkan itu jadual perjalanan misi ini lewat sehari daripada jangkaan asal dan kita akan tiba di Yangon, pada Khamis,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini kapal Nautical Aliya yang berlepas dari Pelabuhan Klang, Jumaat lalu dijangka tiba pada Rabu di Yangon sebelum meneruskan perjalanan ke Teknaf, Bangladesh bagi memberi bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya di sana. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments