Home Antarabangsa Kanak-kanak Syria ditikam, wanita dibakar di Qaryatayn

Kanak-kanak Syria ditikam, wanita dibakar di Qaryatayn

SHARE

HOMS – SYRIA. Seramai 128 penduduk di bandar Qaryatayn, Homs dibunuh dan mayat mereka dibuang di tepi jalan.

Laporan Dailymail mengatakan saksi mendakwa mangsa kanak-kanak ditikam sehingga mati manakala beberapa wanita dibakar hidup-hidup.

Mayat mereka didakwa sengaja dikumpulkan atau dipamerkan oleh pengganas Daesh selepas bandar tersebut ditakluki selama tiga minggu.

Ahli keluarga dan waris mangsa pula dilarang mengambil dan mengebumikan mayat mangsa.

Selain ditikam dan dibakar, ramai mangsa lain dipenggal kepala atau maut ditembak.

Qaryatayn ditakluk sejak awal Oktober dan penduduk yang dikaitkan dengan rejim Bashar al-Assad menjadi mangsa kekejaman Daesh.

Berita mengenai pembunuhan di Qaryatayn mula mendapat perhatian Ahad lepas selepas kumpulan radikal tersebut melarikan diri dari bandar berkenaan.

“Mereka serang kami seperti binatang, mereka datang untuk bunuh kami,” kata seorang penduduk.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments