Home Tempatan Kami Tutup Sebab Muslim Tak Mahu Makan Babi – Restoran Taiwan

Kami Tutup Sebab Muslim Tak Mahu Makan Babi – Restoran Taiwan

SHARE

Kuala Lumpur – Pemilik Restoran Tim Ho Wan, mencetuskan kontroversi apabila meletakkan kegagalan operasi mereka di Malaysia ke atas majoriti umat Islam di Malaysia yang tidak memakan babi.

Bercakap kepada wartawan di Hong Kong, Chef Mak Gu Pui menjelaskan kegagalan perniagaan mereka di Malaysia ialah kerana perbezaan budaya. Penduduk majoriti Malaysia adalah Muslim dan mereka tidak makan babi, sedangkan babi merupakan bahan utama di dalam hidangan dim sum seperti BBQ Pork Bun dan Xiu Mai.

Says.com yang meninjau pendapat netizen berkenaan dakwaan Chef Mak, mendapati rata-rata netizen bukan Islam berkongsi bahawa kegagalan restoran tersebut adalah disebabkan strategi bisnes mereka yang tidak berkesan. Malah ramai netizen menyatakan bahawa harga hidangan di restoran tersebut agak mahal sedangkan kualiti hidangannya boleh dipertikaikan. Malah ada juga mendakwa bahawa servis di restoran tersebut tidak memuaskan dan hidangan mereka tidak menepati citarasa rakyat Malaysia bukan Islam.

Meletakkan kegagalan restoran mereka di Malaysia ke atas amalan agama majoriti umat Islam, merupakan satu kenyataan yang tidak sensitif dan bertanggungjawab oleh pemilik restoran tersebut. Beroperasi selama lebih 3 tahun, Tim Ho Wan menutup kedua-dua cawangan mereka di Malaysia pada 4 Julai lepas.

Comments