Home Pendapat Kalimah ‘Allah’ Sepatutnya Bukan Isu Lagi

Kalimah ‘Allah’ Sepatutnya Bukan Isu Lagi

SHARE

Kuala Lumpur: Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh golongan bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah lama selesai dan sepatutnya tidak menjadi isu lagi, tulis seorang aktivis peguam tempatan.

Faidhur Rahman Abdul Hadi, seorang aktivis kolektif Young Professionals berpandangan bahawa tindakan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan isu ini adalah tidak wajar kerana seawal 1986 lagi terdapat larangan yang telah diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk bukan Islam dan larangan ini telah dijadikan undang-undang peringkat negeri di semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Di Selangor, ia diluluskan sebagai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Bukan Islam) 1988. Beliau turut memetik rayuan kes Catholic Church yang ditolak pada tahun 2013 kerana kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada amalan agama Kristian.

“The Court of Appeal in 2013 subsequently reversed this position and held Christians had no right to use of the word. Among others, the appellant court reasoned that the term ‘Allah’ is not an integral part of Christianity since it was never used at all in any Christian Bible in any language, not even Malay. Since the word is not a part of Christianity, prohibiting its use by Christians did not amount to denying them freedom of religion. An attempt to appeal this decision by the Catholic Church was dismissed in 2014,” tulis beliau.

Sidang Injil Borneo (SIB) baru-baru ini mahu pihak kerajaan mendedahkan dokumen yang menjadi titik tolak kenapa adanya larangan kepada pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

Dalam perkembangan kes Jill Ireland Lawrence, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak kerajaan menyediakan satu laporan pakar berkenaan dengan larangan pengunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.

“Jadi, persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Sidang Injil Borneo (SIB) dan Jill Ireland Lawrence, sama ada mereka berhak untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai sebahagian daripada amalan beragama mereka sebenarnya telah pun dijawab, mereka tiada hak, kerana kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada amalan beragama mereka,” komen beliau lagi.

Tulis Faidhur Rahman, hakikatnya sistem keadilan Malaysia memakai maxim Latin stare decisis atau duluan mengikat dan res judicata yang menekankan pengakhiran perkara yang telah diputuskan.

Maka persoalannya, “So why, in the case of SIB, are our courts still considering a question that has already been answered?”

Comments