Home Tempatan Kalau ada ‘isu’ tak mungkin Raja Salman datang

Kalau ada ‘isu’ tak mungkin Raja Salman datang

SHARE

SHAH ALAM – “Kehadiran Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia merupakan satu pengiktirafan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.”

Demikian pandangan dilontarkan oleh penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Menurutnya, kehadiran Raja Salman membuktikan bahawa pentadbiran Najib ada istimewanya di mata Raja Penjaga Dua Pintu Suci itu.

“Kunjungan itu merupakan satu penghormatan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dekat dengan Arab Saudi,” katanya kepada Sinar Online.

Sementara itu mengulas mengenai isu ‘derma’ Najib yang dikatakan melibatkan perderma dari Arab, Sivamurugam berkata, mana mungkin Raja Salman berkunjungan ke Malaysia sekiranya isu itu ‘wujud’.

“Isu derma jika timbul tidak mungkin Raja Salman mahu melawat Malaysia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya lanjut adakah isu ‘derma’ itu akan terpadam selepas ini, Sivamurugam berkata ‘isu itu akan kekal dalam konteks pembangkang’.

Katanya lagi, tetapi kehadiran Raja Salman sepatutnya memberi isyarat bahawa ada isu lebih besar bagi Saudi-Malaysia.

Sinar Online

Comments