Home Antarabangsa Kakitangan White House beragama Islam letak jawatan, tak tahan dengan Trump

Kakitangan White House beragama Islam letak jawatan, tak tahan dengan Trump

SHARE

WASHINGTON, 27 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Bekas kakitangan Majlis Keselamatan Negara (NSC), yang beragama Islam, Rumana Ahmed telah meletakkan jawatan selepas lapan hari bekerja di White House.

Tindakan itu dilakukan selepas tidak tahan dengan pentadbiran Presiden bahariu Donald Trump yang membuat arahan eksekutif supaya umat Islam dari tujuh negara dilarang memasuki Amerika Syarikat.

“Saya sedar saya tak boleh bekerja lebih lama di bawah pentadbiran yang menilai saya dan orang seperti saya bukan sebagai rakyat tetapi sebagai ancaman,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, Trump telah menandatangan satu arahan eksekutif yang melarang kemasukan umat Islam dari tujuh negara termasuk pelarian dari Syria.

Arahan itu mendapat tentangan daripada pihak mahkamah.

Rumana Ahmad adalah anak seorang pendatang dari Bangladesh. Dia diterima bekerja di White House pada tahun 2011 setelah menamatkan pengajian di George Washington University.

Dia bertugas sebagai penasihat jawatankuasa Muslim American Outreach kelolaan NSC.

Sebagai wanita tunggal yang memakai hijab di White House, Rumana menyifatkan pentadbiran Presiden lama, Obama menyebabkannya rasa diterima. – Agensi

Comments