Home Tempatan Kad perubatan Mekah, Madinah untuk pelanggan Simply Umrah

Kad perubatan Mekah, Madinah untuk pelanggan Simply Umrah

SHARE

KUALA LUMPUR 29 Mei – Agensi umrah, Simply Umrah UMH Sdn. Bhd. memperkenalkan kad perubatan yang membolehkan setiap pelanggannya mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma semasa menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Afiq Mohammad Yusoff berkata, pihaknya menjangkakan pengenalan kad perubatan dengan nilai perlindungan maksimum 15,000 riyal (RM15,920) itu bakal meningkatkan jumlah pelanggan antara 25 hingga 50 peratus.

Jelas beliau, pihaknya menawarkan kad perubatan yang boleh digunakan untuk perkhidmatan klinik pesakit luar dan penghospitalan di klinik-klinik pakar yang terletak di Menara Jam, Mekah dan bersebelahan Masjid Quba, Madinah itu sejak tahun 2017.

“Untuk menggunakan khidmat yang boleh didapati sepanjang masa berada di kedua-dua kota suci tersebut, jemaah hanya perlu menunjukkan kad perubatan dan terus berjumpa doktor yang bertugas 24 jam sehari.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments