Home Antarabangsa Jurukemudi tiba untuk mengemudi Nautical Aliya

Jurukemudi tiba untuk mengemudi Nautical Aliya

SHARE
PARA sukarelawan misi kemanusiaan 'Food Flotilla For Myanmar' membantu memasang bendera di atas Kapal Nautical Aliya sebelum majlis penyerahan 500 tan metrik barangan bantuan kepada etnik Rohingya di Myanmar hari ini. Majlis penyerahan sumbanagn itu dihadiri Duta Besar Malaysia ke Myammar Mohd Haniff Abdul Rahman bersama beberapa kenamaan Myammar. - UTUSAN ONLINE/BERNAMA -

YANGON, MYANMAR 9 Feb. – Jurukemudi pelabuhan Yangon mula mengemudi kapal Nautical Aliya untuk memasuki Terminal Antarabangsa Thilawa, di pelabuhan Yangon kira-kira pukul 1.40 petang (waktu Malaysia) hari ini.

Perjalanan dari lokasi Nautical Aliya berlabuh ke Terminal Antarabangsa Thilawa, yang jaraknya 10 batu nautika mengambil masa kira-kira tiga jam.

Nautical Aliya berlabuh di perairan Myanmar semalam kira-kira 11.20 malam (waktu Malaysia) disebabkan air yang cetek dan perlu menunggu air pasang hari ini sebelum memulakan perjalanan memasuki Terminal Antarabangsa Thilawa. – UTUSAN ONLINE

utusan online

Comments