Home Antarabangsa Jumlah korban tunjuk perasaan Palestin meningkat 3 orang

Jumlah korban tunjuk perasaan Palestin meningkat 3 orang

SHARE
Mayat sukarelawan perubatan, Abdullah al-Qatati yang ditembak sehari sebelum cuba membantu para penunjuk perasaan yang cedera di sempadan Israel-Gaza, diusung orang ramai ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. - Foto AFP

GAZA: Seorang lelaki Palestin berusia 40 tahun yang terkena tembakan Israel di sempadan Gaza maut akibat kecederaan semala menjadikan jumlah kematian tunjuk perasaan mulai dua hari lalu kepada tiga orang, kata Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Beliau adalah antara sekurang-kurangnya 131 penduduk Palestin yang cedera akibat peluru Israel, ketika tunjuk perasaan, semalam walaupun gencatan tidak rasmi antara pemerintah Islam Hamas dan tentera Israel masih berjalan.

Kementerian mengenal pasti mangsa sebagai Ahmed Abu Lulu dan berkata, beliau ditembak di sempadan dekat timur bandar Rafah, selatan Palestin di mana dua lagi penduduk Palestin lain turut terbunuh.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments